HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS - EMPAYAR ESS

Latest

'Empayar Ess Travel and Tour photography and videography, tourism directory listing for Sabah Malaysian Borneo and car rent

BANNER 728X90

Friday 9 November 2018

HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS



KENALI HOMESTAY KOTA KLIAS

Homestay Kota Klias telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) sebagai penyedia kemudahan perkhidmatan kepada pelancong di bawah Program Homestay Kebangsan.

Homestay atau Inap Desa ini yang terletak di Daerah Beaufort kira-kira 100 Kilometer jauhnya dari Bandaraya Kota Kinabalu dan yang pertama dibuka serta ditubuhkan di dengan kapasiti lebih 10 buah rumah untuk penginapan pelancong yang tiba ke Kampung Kota Klias.

Perkataan ‘KOTA KLIAS’ mengambil nama kampung yang dihuni oleh hampir 100 peratus masyarakat daripada suku kaum BRUNEI Sabah.

Pengunjung atau penginap Homestay Kota Klias juga akan berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti harian masyarakat setempat selain turut tinggal bersama pengendali Inap Desa.

Kota Klias juga berhampiran dengan beberapa buah kampung lain seperti Tanggulian, Laba,Nukahan, Pendiki dan beberapa kampung berhampiran.  Kawasan ini juga agak dekat dengan Pekan Beaufort selain menjadi laluan ke Kuala Penyu dan Menumbok seterusnya ke Labuan.

Homestay Kota Klias dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi seperti Sungai, Kebun Kelapa Sawit dan beberapa tanaman lain.

MATLAMAT HOMESTAY KOTA KLIAS

  • Mendedahkan kejayaan dan keunikan Kampung Kota Klias kepada para pelawat dari dalam dan luar negara.
  • Memberi kerjasama dan perkhidmatan diperlukan kepada para penyelidik / pengkaji akademik kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kajian berbagai bidang diperlukan seperti penduduk, ekonomi dan latar belakang kampung ini.
  • Memberi peluang sumber pendapatan tambahan kepada penduduk yang terlibat dalam program ini.
  • Meluaskan pasaran dan menambah pendapatan pengusaha-pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) kampung ini.
  • Memberi peluang kepada anak-anak penduduk yang telah berkaya dalam berbagai bidang serta bekerja diluar kawasan kampung, memberi pandangan dan fikiran serta kerjasama bagi memajukan kampung mereka.
  • Mempamer dan mengekalkan seni budaya atau adat resam penduduk berunsurkan keagamaan melalui aktiviti persembahan dirancang kepada pelawat.
  • Mewujudkan persefahaman dan perpaduan berbilang kaum


PAKEJ DITAWARKAN

1.      PAKEJ HARIAN 
2.      PAKEJ 2 HARI 1 MALAM
3.    PAKEJ 3 HARI 2 MALAM


AKTIVITI
Homestay Kota Klias menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung dan pelancong tempatan serta luar negara apabila menginap di Homestay Kota Klias, Antaranya ialah:

AKTIVITI SUNGAI (Minimum 2-3 Orang)

BIL
AKTIVITI
HARGA (RM)
WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
1
Memancing Udang Galah
RM55.00
RM65.00
2
Memukat / Merambat
RM65.00
RM75.00
3
Membubu / Membalut
RM55.00
RM65.00
4
Menyusur Sungai /Melihat Kelip-Kelip dan Melihat Monyet Belanda
RM80.00
RM85.00
5
Menyusur Hutan
RM75.00
RM85.00
6
Melihat Padang Ragut (Kerbau)
RM55.00
RM65.00
7
Melihat Kebun Kelapa Sawit
RM55.00
RM65.00
8
Melihat Kebun Getah
RM55.00
RM65.00


AKTIVITI KEBUDAYAAN (BERKUMPULAN)

    BIL
AKTIVITI
HARGA (RM)
WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
 1
    Naindung / Nyanyian Suku Kaum Brunei
RM250.00
RM300.00
  2  
      Gendang
RM300.00
RM350.00


AKTIVITI KRAFTANGAN DAN MASAKAN (BERKUMPULAN)
BIL
AKTIVITI
HARGA (RM)
WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
1
Menganyam Tudug Dulang / Tudung Saji
RM75.00
RM85.00
2
Membuat Lawangan / Kraftangan
RM75.00
RM85.00
3
Membuat Kuih Jala
RM45.00
RM55.00
4
Membuat Kuih Sapit
RM45.00
RM55.00
5
Membuat Bahulu
RM45.00
RM55.00
6
Membuat Pulut Panggang
RM45.00
RM55.00
7
Membuat Kelupis
RM45.00
RM55.00
8
Membuat Kuih Muih Tradisional
RM45.00
(Satu Jenis)
RM55.00
(Satu Jenis)


MENU MAKANAN

MENU ASAS
1.      Kari Ayam / Kari Daging
2.      Ikan Masak Merah / Stim
3.      Sayur-sayuran / Ulam-Ulaman
4.      Buah-buahan
5.      Kuih Muih
6.      Nasi Lemak / Mee Goreng
7.      Minuman Teh / Kopi (Minuman Panas)
8.      Oren / Air (Minuman Sejuk)


Menu yang disediakan boleh juga diubahsuai mengikut kehendak pengunjung dan pelancong.

KELENGKAPAN RUMAH & BILIK
Bilik Tidur

  •    Saiz King
  •    Saiz Queen
  •    Saiz Double Single

Kelengkapan

  • Cerek Elektrik
  • Katil
  • Dapur Gas
  • Mesin Basuh
  • Alat-Alat Memasak
  • Penyaman Udara
  •  Meja Tulis
  • Almari
  •  Bantal
  • Tilam
  • Selimut
  •  Tuala
  • Televisyen
Peralatan dan keperluan tambahan atas permintaan pengunjung dan pelancong akan dikenakan cas tambahan.


SYARAT DAN TERMA

  • Semua tempahan tidak SAH selagi pengunjung atau pelancong belum membayar Deposit
  • Deposit tempahan hendaklah di bayar melalui Bank dalam tempoh tiga hari dari tarikh tempahan.
  • Sekiranya deposit belum dibayar melalui Bank selepas tempoh tiga hari, tempahan akan terbatal serta merta.
  • Semua Deposit pembayaran tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan.
  • Sekiranya anda menempah 2 bilik dan selepas itu berniat untuk mengambil 1 bilik sahaja ketika membuat pendaftaran masuk (Check In), anda mesti membayar untuk 2 bilik yang sudah ditempah.
  • Minuman arak, makanan non halal dan binatang peliharaan adalah tidak dibenarkan.
  • Pendaftaran Masuk (Check In) 11 Pagi dan Pendaftaran Keluar (Check Out) 09.00 Pagi.
  • Bayaran lewat keluar akan dikenakan sebanyak RM20 1 Jam
  • Semasa anda membuat pendaftaran keluar, sila pastikan semua barang-barang anda dikemas dan dibawa keluar kerana kami tidak akan bertanggung jawap untuk menghantar semua barang anda yang tertinggal.
  • Semasa Pendaftaran masuk, anda dikehendaki membayar deposit sekuriti sebanyak RM50 untuk 1 bilik, kalau 2 bilik RM100 dan seterusnya.   
  • Wang deposit akan dikembalikan semula ketika anda check out sekiranya tiada barang-barang yang rosak dan hilang.
  • Ketika menginap di Homestay Kota Klias, pengunjung dan pelancong perlu memastikan keselamatan diri-sendiri, keluarga dan anak-anak termasuk keselamatan barang-barang dan harta benda sendiri.  Pihak Homestay Kota Klias tidak akan bertanggungjawab dengan semua itu.